BPS Logo White

DERITA IMAN,
DIBEDAH 4 KALI

Menghidap Ketumbuhan & Penyakit Luarbiasa Sejak Dilahirkan

Terpaksa Bernafas Ikut Leher

Tiada suara tangisan yang kami dengar melainkan bunyi dengusan halus melalui trakeostomi, sedangkan Iman baru berumur setahun lebih.

Iman kini sepenuhnya bergantung kepada salur pernafasan di leher kerana fungsi mulut dan hidung belum lengkap sepenuhnya. 

Setiap selang 30 minit ibu atau ayahnya harus sedut kahak melalui salur penafasan yang ditebuk itu bagi mengelakkan tersumbat. 

Lebih menyayat hati lagi apabila ayah Iman terpaksa berhenti kerja untuk meguruskan Iman sepenuh masa bersama ibu dan sanggup memilih untuk bekerja sebagai buruh ladang.


Encik Sabri (Ayah) dan Isteri tidak mampu menanggung kos RM4000 Sebulan bagi membeli susu formula khas, ubat-ubatan, peralatan perubatan dan keperluan harian untuk Iman.

Perlu Rawatan Sehingga 12 Tahun

 Iman menghidapi penyakit Benign Epignathus Teratoma ,iaitu ketumbuhan besar yang ada pada mulutnya menutup seluruh hidung dan mulut sehingga menyukarkan untuk makan & bernafas.

Alhamdulillah, ketumbuhan itu berjaya dibuang pada pembedahan pertama. Namun terpaksa terlantar di ICU selama 7 bulan , sehingga bentuk kepalanya leper dan berkudis akibat terlalu lama terbaring dan tiada pergerakan.

Walaupun telah melalui 4 pembedahan kritikal, Iman masih perlu pembedahan susulan untuk tahun-tahun kehadapan untuk memastikan struktur muka & kesihatan terjaga seperti kanak-kanak lain.

Hulurkan Kasih Kepada Iman

Yayasan Ikhlas komited untuk meringankan beban & menyampaikan bantuan secara bulanan kepada Iman selama 12 bulan untuk permulaan.

Besar harapan kami dalam memastikan Iman dapat kembali sihat dan sekurang-kurangnya bantuan ini dapat meringankan beban ibubapa Iman.

Ini kerana sumbangan itu tidak hanya digunakan untuk memenuhi keperluan asas bagi yang memerlukan, tetapi juga untuk digunakan sebagai kos pengurusan dan inisiatif lain yang memberikan impak positif yang lebih luas.

Bantuan Yang Akan Diberi Setiap Bulan

TIADA YANG JATUH MISKIN KERANA BERSEDEKAH!!

Nabi Muhammad SAW bersabda:

إِنَّ اللَّهَ يَقْبَلُ الصَّدَقَةَ ، وَيَأْخُذُهَا بِيَمِينِهِ ، فَيُرَبِّيهَا لأَحَدِكُمْ كَمَا يُرَبِّي أَحَدُكُمْ مُهْرَهُ ، حَتَّى إِنَّ اللُّقْمَةَ لَتَصِيرُ مِثْلَ أُحُدٍ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menerima amalan sedekah dan mengambilnya dengan tangan kanan-Nya. Lalu Allah mengembangkan pahalanya untuk salah seorang dari kamu, sebagaimana kamu membiakkan seekor anak kuda. Sehingga sedekah yang hanya sebiji boleh berkembang hingga sebesar gunung Uhud.”

Riwayat al-Tirmizi (662)

Siapa Kami?

Yayasan Ikhlas ditubuhkan pada 5 Mac 2009 dan  merupakan sebuah badan tidak berasaskan keuntungan (non-profit) yang berdaftar di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Kami telah menjalankan projek-projek kebajikan di peringkat setempat dan antarabangsa serta mobilisasi sukarelawan.

Yayasan Ikhlas juga mempunyai kelulusan Pengecualian Cukai dari LHDN. Sebarang  sumbangan yang dibuat layak untuk menerima resit pengecualian cukai.

Antara program-program lain yang telah dijalankan dibawah pendanaan Yayasan Ikhlas adalah seperti :

Hanya 3 Langkah Mudah 

Untuk Menyumbang Kepada Bantu Pesakit Sihat

Pilih Kuantiti Sumbangan Di Bawah

Isikan Maklumat Anda

Pilih Cara Pembayaran

Yayasan Ikhlas
5628 3463 6228 Rujukan: Bantu Iman

©Bantu Pesakit Sihat | oleh Yayasan Ikhlas (PPAB-09/2009)

×

Cart